Pages

Saturday 7 March 2015

Tutorial Melakar Corak Manik

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi / Ihsan google

 Entri 7

Assalamualaikum adik manis...

Tips memilih peralatan asas menjahit manik telah saya ceritakan disini keperluan asas jahit manik dan cara menjahit kuntuman bunga manik juga saya telah tunjukkan disini tutorial manik daisy . Sekarang saya nak tunjuk pula cara menyusun atau melakar corak rekaan manik tersebut di pakain anda.

Melakar corak manik di baju sebelum menjahit manik adalah penting supaya kita mempunyai gambaran tentang corak manik yang akan kita hasilkan nanti.

Jika anda tidak mahu melakar corak pun boleh, tetapi berkemungkinan hasil corak manik akan kelihatan tidak setara dan seimbang untuk setiap bahagian.

Biasanya saya melakar corak dibaju dengan menggunakan pensil kapur boleh laras seperti ini.

Gambar Ihsan google
Pensil kapur ini mudah dicuci dan dibersihkan.

Baiklah sekarang saya ingin tunjukan kepada anda bagaimana cara melakar corak manik pula..

Langkah 1:
Lukis kotak-kotak empat segi di bahagian baju yang anda kehendaki. Jika anda ingin corak yang terhasil melintang, maka lukiskan kotak kearah melintang. Disini saya tunjukkan teknik melakar corak menegak. Kemudian lukiskan corak utama atau objek yang menjadi tumpuan utama. Disini saya lukiskan corak bunga. Kedudukan objek dan bilangannya tidak semestinya simetri ya..jika anda inginkan ia kelihatan unik, anda boleh sengetkan sedikit haluannya bunga tersebut. Semua mengikut kreativiti masing-masing. Kotak-kotak tersebut menjadi garis panduan untuk anda menentukan kedudukan objek tersebut sahaja.


Langkah 2:
Lukiskan pula dahan-dahan bunga atau tali penyambung antara objek. Jika anda ingin menghasilkan corak manik yang unik dan ekslusif, perlu diambil berat tentang sambungan antara satu objek ke objek yang lain. Seeloknya kesinambungan antara objek tidak terputus atau kosong tanpa manik.


Langkah 3:
Lukiskan pula dedaun atau eksesori utama corak manik anda. Ia akan membuatkan corak manik kelihatan penuh dan menarik.
Langkah 4:
Akhir sekali, tambahkan aksesori yang lebih kecil dan berwarna kontra dari objek.

Cantik tak?

Nampak macam ringkas kan? tetapi anda perlu ingat, manik mempunyai bentuk, dan bentuk manik itu lah yang memberi tekstur dan akan membuat corak manik seakan penuh. Campuran pelbagai bentuk manik akan memberi hasil yang ekslusif terhadap baju anda nanti.

Ok, sampai disini sahaja tutorial kita hari ini..selamat mencuba dan berjimat cermat dalam berbelanja..

Wallahua'lam

Wassalam


No comments:

Post a Comment