Pages

Thursday 5 March 2015

Tutorial Manik Daisy

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

 Entri 3

Assalamualaikum adik manis...

Entri semalam kita telah  membincangkan mengenai keperluan asas untuk menjahit manik kan?

Jadi..hari ini kita dah boleh mulakan menjahit..

Kita mulakan dengan jahit manik corak bunga daisy dulu ya, sebab corak daisy ini senang dan amat sesuai untuk baju kanak-kanak dan juga dewasa.

Ok jom kita mulakan.






















Langkah 1:
Cucuk jarum melalui bawah fabrik dan simpul mati. Masukkan 5 biji manik mutiara yang bersaiz sederhana ke dalam benang yang dirangkap dua.

Langkah 2:
Masukkan jarum ke dalam 2 biji manik pertama.

Langkah 3:
Tarik benang hingga  sambil kemaskannya supaya manik-manik tersebut rapat dan jadikan bentuk gelung/loop.

langkah 4:
Cucuk jarum pada fabrik yg berada di tengah2 gelung manik.



Langkah 5:
Tarik benang hingga gelung manik kemas melekat di fabrik.

Langkah 6:
Ambil pula 3 biji manik bulat yang bersaiz kecil dan masukkan ke dalam benang. Letakkan manik tersebut di tengah-tengah gelung manik.

Langkah 7:
Cucuk jarum kepada mana-mana fabrik yang berada di tengah gelung manik.

Langkah 8:
Kemaskan kedudukan manik dan gelung. Jika gelung manik tidak duduk dengan kemas, jahitkan sedikit benang di antara 2 biji manik dan buat simpul mati di bahagian bawah fabrik.

Dah siap... Ha.. comel tak? Bunga daisy ini sangat sesuai dijahit di bahagian keliling lengan atau leher. Jika anda mahu ia kelihatan berseri lagi, tambahkan jahitan manik tabur di sekeliling bunga daisy tersebut. Ok, selamat mencuba.

p/s: Jika anda berminat untuk membuat tempahan jahitan manik, hubungi saya di talian 0163385790. Saya juga membuka kelas jahitan manik di sekitar bandar Kuching Sarawak. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.



No comments:

Post a Comment