Pages

Thursday 12 March 2015

Petua Berkesan Anak Batuk Malam

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri 18

Assalamualaikum adik manis..

Pernah kah anda alami anak atau baby anda batuk kuat sampai semput terutamanya diwaktu malam hingga anak anda tidak dapat tidur? Ubat telah diberi, namun masih batuk lagi.

Disini saya ada satu petua dari arwah tukang urut di kampung saya. Mula-mula macam tak percaya tapi bila dah buat 2 ke 3 kali, ya! memang berkesan.

Petua asal yang diturunkan oleh emak daripada arwah tukang urut tu macam ni..

Urut belakang belikat anak atau baby anda dengan minyak selain minyak panas. Anda boleh guna minyak makan campur minyak gas atau minyak gamat. Jangan guna minyak panas ya..kerana minyak panas ada methyl salisilate. Sebab tu bau minyak panas bau berangin. Bau itu adalah daripada bau bahan methyl salisilate la. Tapi kandungannya pada jumlah yang disyorkan dan selamat. Namun ia boleh meresap ke dalam kulit dan salur darah terutamanya kulit bayi jika kita menggosoknya lama-lama dan mengurut badan kita dengan minyak panas. Sebab itulah minyak panas hanya di letak diatas kulit sahaja, bukan untuk digunakan untuk berurut. Okey..sudah jelas?

Sekarang saya nak cerita pula minyak yang saya guna untuk urut anak-anak saya.

Saya gunakan minyak gamat dan bawang putih bakar. Kenapa bawang putih bakar? Kerana bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Ia juga memanaskan badan dan mencairkan darah. Sebab itulag bawang putih sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Bawang putih di bakar untuk mengeluarkan minyak bawang putih yang berkhasiat itu.

Setelah bawang putih jadi bawang hitam..(sebab dah hangus,hihi), buang kulitnya dan campur dengan minyak gamat. Kemudian pecah-pecahkannya guna tangan sambil meramas supaya sebati dengan minyak gamat.

Kemudia bacakan selawat dan urut sambil tekan perlahan dari atas ke bawah belikat kiri dan kanan. Bukan urut laju-laju ya..emak cakap nanti tak jadi. Emak cakap tekankan sedikit pada bahagian belikat yang sama dengan kedudukan dada dan perlahan-lahan urut ke bawah. Ulang langkah yang sama sampai baby tertidur sendiri kerana dada berasa lega dan lapang.

Besok pagi bila cium mulut baby ada bau bawang putih! Hihi mucuk! Itu tandanya minyak bawang putih telah meresap dan memanaskan dada serta memberi kesan antibiotik semulajadi memerangi kuman kahak.

Pernah sekali terjadi anak kedua saya Adib terkena serangan asthma di waktu malam.klinik pula dah tutup. Walaupun ubat telah diberi, tetapi masih batuk hingga berbunyi semput. Saya terus buat petua itu, alhamdulillah batuk terus berhenti setelah setengah jam saya mengurutnya dengan minyak gamat+ bawang putih dan dia boleh tidur dengan lena sampai pagi tanpa bunyi semput.

Andalah lebih baik anda lakukannya setiap kali anak anda lepas mandi  dan sebelum anak anda tidur.

Bila anak dah sihat, barulah senang hati ibu nak menjahit..hehe

Sesiapa ingin menempah baju kurung kanak-kanak boleh lah hubungi saya di talian 0163385790. Hihi..iklan sket..

No comments:

Post a Comment