Pages

Tuesday 10 March 2015

Pengalaman Kehidupan Sebelum Menjadi WAHM

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri: 16

Kehidupan menjadi Working At Home Mom (WAHM) adalah sesuatu kehidupan yang tidak pernah saya mimpikan ketika dulu. Impian saya sebaik tamat pengajian di UKM, saya akan mencari pekerjaan yang berkaitan bidang pengkhususan saya iaitu Oleokimia. Pada masa itu saya tidak begitu mahir menggunakan teknologi IT ni. email, akaun facebook atau akaun laman-laman sosial yang lain juga saya tidak mahir menggunakannya. Saya mencari pekerjaan dengan menggunakan ajen mencari pekerjaan dan surat khabar di ruangan iklan. hihi.. Alhamdulillah berkat usaha dan doa saya dan juga mak abah, saya telah ditawarkan pekerjaan di Sirim Berhad, Shah Alam sebagai penyelidik kontrak. Kontrak pun kontrak lah janji dapat kerja yang berkaitan dengan bidang saya kan.. Setelah setahun saya bekerja, saya berkahwin dengan suami pojaan hatiku.hihi

Bermulalah kisah hidup sebagai isteri bekerjaya...

Selepas berkahwin saya tinggal di Seremban kerana suami saya bekerja di Kuala Pilah ketika itu. Saya pula bekerja di Shah Alam. Maka Seremban menjadi tempat yang paling sesuai untuk kami menyewa rumah, kerana kedudukannya di tengah-tengah antara Kuala Pilah dan Shah Alam. Ketika itu terdapat bas ekspress yang menjadi pengangkutan dari Seremban ke Shah Alam. Maka berulang alik lah kami setiap hari. Penat? mmm masa tengah melalui kehidupan ketika itu saya rasa ok sahaja, tapi jika saya diminta untuk lakukan perkara yang sama ketika ini, oh tidakkkk! Jika diingatkan kembali, kami perlu keluar rumah seawal 5.45 pagi. Jika terlambat, maka bas akan ucapkan selamat tinggal huhu. Hanya satu bas sahaja yang berjalan pada jam 6.30am. Kadang-kadang awal. kadang-kadang lambat. Perjalaanan dari Seremban ke Shah Alam memakan masa selama 45min ke 1 jam. Masuk kerja pula pukul 8 pagi. Setelah turun dari bas ekspres, saya perlu mengambil bas mini di Shah Alam untuk sampai ke pejabat.

Itu baru cerita pergi, belum cerita balik ke rumah. Perjalanaan balik ke rumah pula, saya perlu menaiki teksi dari pejabat ke stesen bas ekspres Shah Alam. Saya keluar pejabat pukul 5 petang, bas bergerak dari Shah Alam ke Seremban pada pukul 5,20petang. Kalau lambat kena tunggu bas bukul 7.30 malam. kadang-kadang bas tak ada kena tunggu jam 8.30 malam.huhu

Setelah setahun bekerja, saya telah dikurniakan anak sulung, Adam b Mohd Fauzi. Kehidupan menjadi semakin mencabar. Adam suka berjaga malam! waktu tidur Adam bermula antara jam 10-12 malam. Dia akan berjaga pada jam 3pagi! dan akan tidur balik pada pukul 5pagi. Pukul 5 pagi pula kami dah perlu bersiap untuk pergi bekerja. Pening kepala taidak terkira. Almaklum, tidak cukup tidur.

Selama 2 tahun saya menjalani hidup seperti itu. Orang kata alah bila tegal biasa. Bila dah jadi rutin, kita akan belajar menadaptasi menguruskan diri dan keluarga mengikut kemampuan.Dan bila kita lihat ada  orang yang lebih susah dari kita, secara automatik kita akan rasa bersyukur dan jalani hidup seperti biasa.

Setelah Adam  berusia 2 tahun, Saya telah berpindah di Shah Alam dan Suami pindah di Kuala Pilah. Maka bermulalah kehidupan PJJ kami a.k.a perkahwinan jarak jauh.

Cabaran tetap ada. Walaupun tempat kerja dah dekat dengan rumah, tetapi suami pula jauh.huhu. Setiap hujung minggu suami akan pulang. Begitulah rutin kami selama 3 tahun. Mencabar juga menjaga anak sendirian tanpa suami disisi. Semua kena urus sendiri. Anak demam tengah malam pun kena bawa ke klinik sendiri. baiklah ada jiran dan rakan sekerja yang dekat dengan rumah, mereka lah yang banyak membantu. Pada masa ini juga saya telah mula berjinak-jinak dengan dunia jahitan manik. Sementara menunggu suami pulang hujung minggu, saya habiskan masa saya selepas waktu bekerja dengan mengambil tempahan menjahit manik. Dengan mengisi masa dengan aktiviti yang kita suka, kehidupan menjadi lebih indah dan penuh makna kan?

Setelah 5 tahun berkhidmat sebagai penyelidik kontrak, saya telah dapat menyandang jawatan tetap. Tidak lama selepas itu, suami saya dapat pula bertukar ke Banting, Selangor. Maka bersatu lah kami semula sebagai satu keluarga yang lengkap.

Rezeki pula bertambah dengan kehadiran anak kedua, Adib Bin Mohd Fauzi. Namun begitu, kami diuji dengan Adib yang sering sakit. Saya kerap mengambil cuti tahunan sehingga terpaksa mengambil cuti separuh gaji kerana cuti tahunan telah habis digunakan.

Bermula detik inilah saya mula memikirkan untuk menjadi WAHM. Namun saya masih sayangkan pekerjaan saya. Saya harungi juga onak dan duri hihi. Namun hasrat untuk berhenti kerja makin meninggi setelah dikurniakan anak ketiga, Asha binti Mohd Fauzi. Memandangkan pekerjaan suami saya yang kerapkerja luar kawasan dan kedudukan tempat kerja yang jauh dari rumah, saya terpaksa menguruskan hal anak sekolah dan Adib yang kerap ke klinik serta kedudukan pengasuh yang jauh dari tempat kerja dengan sendiri. Ia menjadi semakin mencabar apabila saya mabuk teruk semasa mengandungkan anak ketiga, Asha.

 Allah penentu segalanya, beberapa bulan sebelum saya melahirkan Asha, suami saya telah ditawarkan untuk bertukar ke Kuching Sarawak pula. Maka saya pun dengan rasminya meletakkan jawatan pada November 2012 dan menjadi WAHM.

Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang dilalui ketika berkerja hampir 10 tahun, saya rasakan ia adalah pengalaman yang mendidik saya untuk menjadikan saya seorang yang lebih matang. Ia juga akan dijadikan cerita kepada anak-anak saya apabila mereka besar nanti.

wallaua'lam

2 comments: