Pages

Thursday 5 March 2015

Perbezaan Antara Blog dan Facebook untuk Perniagaan

Teks: Hamidah Burham

Entri 4

Assalamualaikum adik manis..

Entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya selama ber facebook dan ber blogging untuk urusan perniagaan online saya.

Sebelum saya berjinak-jinak dengan blog, saya hanya menggunakan media facebook untuk memasarkan produk saya. ketika itu saya menjual produk kesihatan Shaklee. Pada masa itu, saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada bidang jahitan memandangkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian lebih. Aktiviti menjahit perlu di hentikan buat seketika, disamping untuk menjaga keselamatan anak-anak daripada bahaya tercekik manik dan sebagainya, huhu. Maka saya pun cuba menjual produk kesihatan secara online.

Setelah hampir 3 bulan berniaga online menggunakan fb, saya rasakan ada yang kurang. Diantaranya, rakan fb yang tidak sampai tahap minima 2000 orang. Jiika kita hendak memperoleh banyak traffic untuk FB, kita perlu mempunyai ramai rakan FB, sekurang-kurangnya 2000 orang. Bila rakan Fb ramai barulah sibuk traffic dan lebih ramai yang akan nampak iklan kita. Saya pernah cuba menambah rakan FB seramai yang boleh pada setiap hari, namun begitu pihak Fb telah menyekat akaun Fb saya kerana menambah rakan Fb pada jumlah yang banyak tanpa mengira kenalan. huhu.. (belajar dari kesilapan). Saya juga tiada modal untuk memasarkan fanpage menggunakan Fb Ads.hihi (agak berbajet disitu, semua nak free huhu). Lagi satu kekurangannya ialah post di Fb terlalu cepat ke bawah jika ia tidak mempunyai like dan comment yang banyak untuk post tersebut, walaupun post tersebut adalah post yang bagus dan penuh dengan maklumat. Jadi terdapat kerugian di situ. Namun begitu, Fb sangat penting untuk menjalin sillaturahim dengan pelanggan sasaran dan memberi satu penjenamaan ke atas diri kita dan produk yang kita jual. Walaupun tiada like dan comment untuk setiap post kita, namun pembaca senyap/silent reader sangat membantu dalam memasarkan produk kita. Jika anda tahu dan ada modal untuk menggunakan Fb Ads juga adalah jalan yang baik untuk memasarkan produk kerana iklan produk akan menuju terus kepada kumpulan pelanggan sasaran.

Setelah 3 bulan saya menggunakan khidmat facebook, saya telah memikirkan cara lain yang percuma untuk mengembangkan strategi pemasaran saya. Ya...Blogging! Maka saya memulakan langkah dengan membuka blog yang fokus dengan kesihatan di  http://infoibusihat.blogspot.com

Ketika saya membina blog tersebut, saya tiada ilmu yang mendalam tentang blogging. Saya hanya buat ikut panduan dari internet dan bertanya dengan kawan-kawan. Dengan kata lain cuba jaya.hehe

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan, saya dapati ada beberapa pemanggil dari kalangan pengguna carian google. Mereka memperoleh nombor telefon saya dari komen saya di blog-blog yang mempunyai rating tinggi dan juga daripada blog saya sendiri. Ini adalah hasil daripada blogwalking yang saya lakukan sejak membina blog tersebut.

Kini, setelah anak-anak saya sudah mula membesar, saya mula sibuk menguruskan bidang kepakaran saya iaitu bidang jahit- menjahit sehingga saya tidak lagi mengemaskini blog tersebut. bersawanglah nampaknya blog itu huhu.

Namun begitu, apa yang peliknya, walaupun saya sudah tidak mempromosikan produk di fb dan blog, pelanggan dari carian google tetap memanggil saya menerusi telefon. Jumlahnya makin meningkat. Pernah dalam 1 hari, hinnga 3 orang pemanggil yang menelefon saya bertanyakan tentang produk shaklee. Yang pasti ia bukan dari kalangan rakan Fb. Mereka memberitahu, mereka memperoleh nombor telefon saya melalui iklan di internet dan membaca blog!

Wah! saya mula terbuka mata disitu. hihi. Oleh kerana saya telah merasai manfaat berblogging, saya telah mengambil keputusan untuk meneruskan kegiatan blogging ini dengan menambah ilmu.

Allah maha mendengar setiap doa hambanya. Pada suatu hari saya terbaca iklan seorang rakan Fb iaitu Norhafizah Hadi daripada Akademi Bekerja Dari rumah (ABDR) berkenaan kelas penulisan blog online. Lama juga memikirkan samada mahu mengambil kursus ini atau tidak. (bajet lagi! huhu). Tetapi, memandangkan semakin ramai yang membuat panggilan menerusi carian google, saya telah nekad untuk mengambil kursus tersebut dan membina blog ini.

Alhamdulillah, percaturan saya kali ini sangat tepat. Dalam kelas penulisan blog ini, saya dibimbing langkah demi langkah dalam membina blog oleh guru yang pertauliah dan penyabar (melayan karenah saya hihi) iaitu Pn Anys Idayu Zakaria. Terlalu banyak aplikasi yang saya tidak tahu dan akan saya belajar disini. Saya juga mendapat rakan baru dari kelas tersebut yang akan sama-sama membantu dalam menaikkan traffic blog masing-masing.

 Maka itulah kelebihan Blogging. Blog yang ber rating tinggi akan memberi jenama kepada produk kita dan  meluaskan lagi pemasaran produk. Apa tidaknya, kini carian google adalah jalan yang paling mudah untuk mendapatkan maklumat. Nak masak..cari google tanya resepi, nak tahu maklumat tentang penyakit anak, tanya google juga. Pendek kata maklumat di hujung jari, dengan google. Dan ia terbuka kepada pelbagai peringkat umur samada memiliki akaun Fb atau  tidak. Namun begitu, untuk mendapatkan rating blog yang tinggi di carian teratas google bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan komitmen yang tinggi dalam menguruskan blog. Ia juga memerlukan jangka masa yang panjang untuk blog kekal di tangga teratas carian google. Namun begitu ia bergantung kepada kerajinan anda mengemaskini blog anda sehingga membuatkan encik google sangat kenal dengan anda hihi. Blog anda juga akan sentiasa berada di atas jika makin ramai orang yang membuka blog anda.

Kesimpulnnya, Fb dan blog sama-sama mempunyai kelebihan. Jika blog dan Fb bergabung, ia akan memberi impak yang besar di dalam memasarkan produk anda. Saya juga masih medalami ilmu fb dan blogging, jika anda mempunyai sebarang cadangan dan pandangan, komen anda amat dialu-alukan.

Ok, sampai disini sahaja coretan petang saya.

Wallahua'lam..

Sekian, wassalam







2 comments: